Perlembagaan

ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG



FASAL 1:      NAMA DAN TEMPAT
1.1      Nama persatuan ini ialah Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang. Ringkasnya ialah Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang dan selepas itu di sebut Alumni SMKHK.
1.2      Pejabat Alumni SMKHK ini ialah di rumah Setiausaha Agong.
1.3      Tempat Mesyuarat majlis ini akan ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi Alumni SMKHK  ini dari semasa ke semasa.

FASAL 2:      DEFINISI
2.1      Perkataan: Alumni SMKHK bermakna semua bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang.
2.2      Penaung: bermakna orang yang dilantik oleh Ahli Majlis Tertinggi sebagai penaung Alumni SMKHK.
2.3      Penasihat: maknanya sesiapa yang dilantik untuk menjadi Penasihat Alumni SMKHK.
2.4      Ahli: maknanya semua bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang.
2.5      Ahli Majlis Tertinggi: maknanya mereka yang di pilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agong, Penolong Setiausaha Agong dan Bendahari.
2.6      Exco: maknanya mereka yang di pilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Ketua-Ketua Biro. Iaitu Biro Perhubungan, Biro Penerangan, Biro Akademik, Biro Ekonomi, Biro Kebajikan dan Biro Tugas-Tugas Khas.

FASAL  3:     TUJUAN
3.1      Bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkenaan perkembangan Alumni SMKHK.
3.2      Merapatkan hubungan sillaturahim dan muhibah  di antara semua bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang serta pentadbiran sekolah yang ada sekarang dengan cara mengadakan majlis-majlis perjumpaan, seminar, bengkel, permainan, sukan, lawatan sambil belajar  dan lain-lain.
3.3      Bersama-sama dengan pentadbiran sekolah  memikirkan usaha-usaha mencapai kecemerlangan Sahsiah, Akademik dan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang.

FASAL 4:      BERHENTI DARIPADA MENJADI AHLI
4.1      Mana-mana alumni yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau undang- undang Alumni SMKHK maka keanggotaannya akan digantung atau diberhentikan daripada menjadi Alumni.
4.2      Mana-mana alumni yang digantung atau diberhentikan keanggotaannya maka bolehlah ia membuat rayuan bertulis kepada Mesyuarat Agung Tahunan untuk di pertimbangkan. Keputusan majoriti Mesyuarat Agung Tahunan adalah muktamad.

FASAL 5:      PENTADBIRAN
5.1      Penaung: Orang yang telah dipersetujui oleh Mesyaurat Agong Tahunan untuk menjadi Penaung dalam tempoh tertentu.
5.2      Penasihat: Orang yang telah dipersetujui oleh Mesyaurat Agong Tahunan untuk menjadi Penasihat dalam tempoh tertentu.
5.3      Alumni SMKHK ini akan dipimpin seperti berikut:

Exco Alumni SMKHK     
  • Seorang Yang Dipertua,
  • Seorang Timbalan Yang Dipertua,
  • Seorang Setiausaha Agong,
  • Seorang Penolong Setiausaha Agong,
  • Seorang Bendahari,
  • 2 orang Biro Perhubungan,
  • 2 orang Biro Penerangan,
  • 2 orang Biro Akademik,
  • 2 orang Biro Ekonomi,
  • 2 orang Biro Kebajikan, dan
  • 2 orang Biro Tugas-Tugas Khas
5.4      Semua Exco Alumni SMKHK ini hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agong  Alumni dua tahun sekali.
5.5      Ahli Majlis tertinggi ini diberi kuasa boleh melantik mana-mana Exco Alumni jika berlaku kekosongan dalam mesyuarat Exco Alumni SMKHK.
5.6      Semua Mesyuarat Exco ini hendaklah menjemput seorang wakil dari sekolah SMKHK.

FASAL 6:      MESYUARAT
6.1      Mesyuarat Pemilihan Alumni SMKHK hendaklah diadakan secara dwi tahunan sebelum  bulan April.
6.2      Mesyuarat Tahunan hendaklah diadakan setiap tahun pada bulan April untuk membentangkan dan meluluskan hal- hal seperti berikut :
·             Menerima dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Tahunan yang lalu.
·             Menerima dan mengesahkan penyata kewangan tahunan.
·             Menerima dan mengesahkan laporan tahunan Setiausaha Agong.
·             Melantik dua orang pemeriksa kira-kira dalam (juru audit).
·             Menerima dan menimbang usul-usul yang dikemukan oleh ahli alumni SMKHK.
6.3      Mesyuarat Exco hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
6.4      Mesyuarat Luar Biasa boleh diadakan dengan kehendak Exco alumni SMKHK bagi membincangkan dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara tertentu atau kerana permintaan bertulis oleh satu pertiga (1/3) atau lebih daripada ahli Alumni SMKHK. Tujuan mengadakan Mesyuarat Luar Biasa itu hendaklah di nyatakan terlebih dahulu oleh Ahli Majlis Tertinggi Alumni SMKHK dan notisnya hendaklah diberitahu kepada semua ahli alumni SMKHK terlebih dahulu, sekurang-kurangnya selama empat belas hari ( 14 ) tarikh surat notis itu.
6.5      Mesyuarat Tahunan  dan Mesyuarat Luar Biasa hendaklah di pengerusikan oleh Yang Dipertua dan dibantu oleh Timbalan Yang Dipertua.
6.6      Yang Dipertua mempunyai hak undi pemutus yang muktamad. Ia juga hendaklah menandatangani peringatan Mesyuarat Tahunan setelah diluluskan oleh mesyuarat.

FASAL 7:      QUORAM
7.1      Ahli-ahli Mesyuarat Tahunan adalah terdiri daripada :
·             Semua Ahli Majlis Terttinggi dan Ketua-Ketua Biro (Exco).
7.2      Quoram Mesyuarat Tahunan dan Mesyuarat Luar Biasa hendaklah sekurang-kurangnya 1/3 (satu per tiga ) daripada jumlah ahli majlis.
7.3      Quoram Mesyuarat Exco Alumni SMKHK hendaklah sekurang-kurangnya 1/2 (satu per dua) daripada jumlah Ahli Exco Alumni SMKHK.
7.4      Quoram Mesyuarat ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya 1/2 (satu per dua) daripada jumlah Ahli Majlis Tertinggi.

FASAL 8:      TUGAS-TUGAS EXCO MAJLIS
8.1      Yang Dipertua
8.1.1        Mempengerusikan sebarang mesyuarat Pemilihan (dwi tahunan), Tahunan, Exco dan  Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi.
8.1.2        Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad.
8.1.3        Mengawasi pentadbiran Alumni SMKHK.
8.1.4        Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan ini di patuhi oleh Exco dan ahli-ahli Alumni SMKHK.
8.1.5        Menghadiri dalam mana-  mana majlis perjumpaan atau mesyuarat jika diundang oleh mana-mana pihak.

8.2      Timbalan Yang Dipertua
8.2.1        Membantu Yang Dipertua dan menjalankan tugas-tugas Yang dipertua semasa ketiadaan Yang Dipertua.
8.2.2        Tugas-tugas adalah seperti terkandung di dalam Fasal 8.1.1 hingga 8.1.5

8.3      Setiausaha Agong
8.3.1        Mencatat segala peringatan mesyuarat Exco, Ahli Majlsi Tertinggi dan Tahunan.
8.3.2        Bertanggungjawab tentang segala hal surat-menyurat.
8.3.3        Menjalankan / melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Ahli Majlis Tertinggi dari masa ke semasa.
8.3.4        Menyediakan laporan tahunan.
8.3.5        Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen Alumni SMKHK dan difailkan.
8.3.6        Menyimpan semua rekod mengenai mana-mana exco dan Ahli Majlis Tetrtinggi yang mengandung nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, dan alamat masing-masing serta membuat rekod pembetulan jika berlaku sebarang perubahan.

8.4      Timbalan Setiausaha Agong
8.4.1        Penolong setiausaha Agong adalah menolong kerja-kerja Setiausaha Agong atas arahannya.
8.4.2        Apabila ketiadaan Setiausaha Agong hendaklah ia menjalankan tugas-tugas Setiausaha Agong seperti yang terkandung dalam Fasal 8.3.1 hingga 8.3.6

8.5      Bendahari
8.5.1        Menerima dan menyimpan wang di bank yang diluluskan oleh Ahli Majlis Tertinggi dan Exco segala wang kepunyaan Alumni SMKHK ini.
8.5.2        Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan alumni.
8.5.3        Menyediakan laporan kewangan dan aliran tunai tiga bulan sekali dan laporan kewangan tahunan.
8.5.4        Membayar bil-bil alumni.
8.5.5        Bendahari dibenarkan memegang wang tunai alumni ini tidak lebih RM 100.00 dalam satu-satu masa.
8.5.6        Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih daripada RM 300.00 tanpa kebenaran ahli Majlis Tertinggi.

FASAL 9:      KEWANGAN
9.1      Yuran
9.1.1        Yuran Tahunan bagi tiap-tiap alumni sebanyak RM 30.00 setahun.
9.1.2        Yuran ini hendaklah dipungut oleh bendahari.
9.1.3        Yuran hendaklah dijelaskan pada tiap-tiap tahun selewat-lewatnya pada 31 hb. Mac setiap tahun.

9.2      Derma
9.2.1        Dengan persetujuan pihak berkuasa, alumni ini bolehlah memungut derma daripada orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang bagi menambahkan kewangannya.
9.2.2        Alumni SMKHK juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai yang diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi bagi menambahkan kewangannya.
9.2.3        Wang Alumni SMKHK ini hendaklah di simpan di mana-mana bank yang diluluskan dan dipersetujui oleh ahli Majlis Tertinggi.
9.2.4        Tahunan Kewangan Majlis ini bermula  dari 1 hb. Januari  hingga 31 hb. Disember tiap-tiap tahun

9.3      Perbelanjaan
9.3.1        Setiap  pengeluaran  cek  hendaklah  ditandatangani tiga  orang daripada  empat orang (Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Agong, dan Bendahari).

FASAL 10:    PINDAAN UNDANG-UNDANG
10.1  Sebarang pindaan undang-undang samaada menambah atau mengurangkan ke atas Perlembagaan Alumni SMKHK ini tidak boleh dilakukan kecuali mendapat persetujuan 2/3 (dua per tiga) daripada Alumni dalam mesyuarat Agong Tahunan / Luar Biasa.

FASAL 11:    PENTAFSIRAN
11.1  Jika berlaku kekeliruan pentafsiran di atas Perlembagaan Alumni, maka hendaklah dirujukkan kepada Ahli Majlis Tertinggi ini. Pentafsiran yang dibuat Ahli Majlis tertinggi ini adalah muktamad.

FASAL 12:      PEMBUBARAN
12.1  Alumni SMKHK ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan daripada dua pertiga ahli Alumni SMKHK.
12.2  Kiranya alumni SMKHK ini dibubarkan segala hutang-piutang alumni SMKHK ini hendaklah dijelaskan dan wang yang berlebihan itu hendaklah diserahkan kepada budi bicara dan keputusan Ahli Majlis tertinggi bagi tujuan dan kepentingan pelajaran dan pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang.