Pelancaran Persatuan Bekas Pelajar SMKHK

DEWAN BUDIMAN, SMK HULU KELANG: Perlancaran Persatuan Bekas-Bekas Pelajar SMK Hulu Kelang atau dikenali sebagai Alumni SMKHK telah berjaya mengumpul 21 orang bekas pelajar, di antaranya ialah 3 orang guru yang pernah menuntut di SMJK(Ing.)UKB/SMKHK. Majlis yang bermula pada pukul 9 itu dimulakan dengan "Tracing Alumni" (Menjejaki Alumni).

Ucapan alu-aluan diberi oleh Encik Tiew Wai Sin. Dalam ucapannya, beliau berkata telah lama beliau mahu menubuhkan persatuan alumni tetapi tidak kesampaian. Beliau bersyukur kerana walaupun dalam jumlah yang kecil, penglibatan bekas-bekas pelajar adalah penting kepada sekolah.

Pengetua sekolah, Puan Salmah Wahab menegaskan bahawa melalui penubuhan persatuan alumni, bekas-bekas pelajar, ibubapa dan sekolah akan bersama-sama merealisasikan sahutan Kementerian Pendidikan untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Melalui aktiviti dan kerjasama dari penubuhan persatuan ini dapat membuktikan kepada sekolah-sekolah yang lain di daerah Gombak bahawa sekolah sekecil SMK Hulu Kelang boleh mencapai hasrat tersebut.

Semua bekas-bekas pelajar diberi peluang untuk memperkenalkan diri. Mereka memperkenalkan diri mereka satu per satu sebelum pemilihan jawatankuasa bermula. Di antara mereka, Encik Tiew Wai Sin dan Encik Muhammad Ithnin Safaruddin Shah (yang merupakan rakan sekelas sejak sekolah rendah) menceritakan kenangan-kenangan mereka semasa menuntuk di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Ulu Klang Bharu. Bekas-bekas pelajar yang hadir datang dari pelbagai bidang kerjaya selepas mereka menamatkan persekolohan mereka dari Sekolah Menengah Hulu Kelang. Ada yang menjadi doktor, konsultan, guru pusat persendirian, penguatkuasa dan pereka grafik.


Mereka juga diberi peluang untuk berinteraksi diantara satu sama lain untuk mengukuhkan lagi silaturahim. Walaupun dikalangan mereka mempunyai beberapa orang "otai" (bermaksud "old timer"), mereka bercakapkan tentang bagaimana sekolah telah berubah setelah mereka telah meninggalkan SMKHK. Encik Tiew tidak kurang juga untuk berbual dengan rakannya yang telah terpisah 37 tahun, bertemu semula di Facebook dan dapat berjumpa lagi di sekolah mereka walaupun Encik Muhammad Ithnin tinggal di Pulau Pinang, malahan sudi datang untuk meriahkan lagi majlis pelancaran ini.

Pemilihan telah dilaksanakan secara harmoni dan sebulat suara dimana Saudara Mohd. Hafiz Hanawi dan Puan Siti Mariam Mohd. Hussain dipilih melalui cadangan semua bekas-bekas pelajar sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi persatuan. Saudara Daniel Lim dan Saudara Zamruddin Muhidin dipilih sebagai Setiausaha dan Bendahari. Ahli-ahli jawatankuasa pula disandang oleh Saudari Mathavie Nadaraja, Saudara Dr. Thiruyanasambanthar Viswanathan, Saudari Roshazana Othman dan Saudara Mohd. Arefen B. Zaidin.

Puan Pengetua sendiri telah mencadangkan Encik Tiew Wai Sin, Saudari Nor Hafizah Muhd Nor dan Saudari Norhazzliia Bt. Ton Hamzah dimasukkan ke senarai ahli-ahli jawatankuasa persatuan. Mereka juga merupakan bekas-bekas pelajar SMKHK dan sekarang berkhidmat di SMKHK. Encik Tiew berasa sukacita memaklumkan bahawa Dato' Mohamed Nazir Meraslam (Ketua Pegawai Eksekutif kepada Pembinaan Mohamed Nazir Meraslam Sdn. Bhd.) juga bekas pelajar SMJK(I)UKB sebagai penaung persatuan.

Majlis diakhiri dengan penyerahan dokumen yang dikumpul oleh Puan Ramlah Husin semasa Majlis Malam Alam pada 2010. Sebelum itu, Puan Pengetua menyarankan lagi bahawa selepas penubuhan persatuan, perancangan jangka panjang dan jangka pendek perlulah bersesuaian dengan Pelan Modal Insan Kelas Pertama. Kemudian, semua para hadiran dijemput untuk mengambil foto. Sebelum mereka pulang, mereka sempat untuk mengunjungi kawasan-kawasan sekolah sambil mengenang memori yang terpahat di minda.

0 comments:

Post a Comment